Tuesday, July 1, 2008

KEPENTINGAN BELAJAR ICT



ICTL untuk sekolah menengah ini sebagai satu panduan untuk guru-guru dan pelajar yang belajar ICT Literacy. Bermula dengan program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) pada tahun 1992 program ini telah diubah kepada Program Literasi Komputer pada tahun 2002 sehingga 2005 program ini telah disemak semula selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi sekarang. Bermula julai 2007 program ini sekali lagi ditukar kepada ICTL ( information communication Technology Literacy) dengan bermatlamatkan untuk memperolehi pengetahuan ICT dan kemahiran-kemahiran kreatif untuk membantu mereka dalam kehidupan harian mereka. Berkongsi hemat dan maklumat di kalangan mereka sendiri, di dalam dan melebihi persekitaran sekolahdan menunjukkan tanggungjawab dan akauntabiliti ke arah infrastruktur ICT yang digunakan.