Sunday, June 29, 2008

APLIKASI ICTL DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN



APLIKASI ICTL DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Cara terbaik untuk belajar dan akhirnya menggunakan Windows dan aplikasi Ms Office secara bersepadu dalam pengajaran pembelajaran adalah paling berkesan melalui latihan secara hands-on. Modul dan tutorial ini akan menunjukkan bagaimana mudahnya mempelajari dan melaksanakan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran pembelajaran.

Komponen - Komponen PC
1. input
2. pemprosesan
3. output.

Prosedur 1:Mengenal pasti komponen
* Secara umum komponen komputer boleh dikategorikan kepada input, pemprosesan, dan output berdasarkan model pemprosesan data.
Komponen input merupakan perkakasan yang berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer. Ia terdiri daripada papan kekunci dan tetikus. Komponen pemprosesan mengandungi Unit Pemprosesan Pusat, Memori, dan Storan. Sementara monitor dan pencetak pula dikategorikan sebagai komponen output.
Fungsi Komponen Output
* Berfungsi sebagai peranti yang memaparkan hasil dan menmenghasilkan dalam bentuk dokumen yang dilakukan oleh komputer.
- Monitor
Memaparkan hasil pada skrinnya.
- Pencetak
Memcetak bahan yang dihasilkan.