Sunday, July 6, 2008

AKTIVITI-AKTIVITI DI MAKMAL ICTL

PELAJAR SMKG TEKUN MELAYARI ICT

Wednesday, July 2, 2008

MAKMAL KOMPUTER SMK GETING


Posted by PicasaMAKMAL KOMPUTER
Setiap sekolah dilengkapi dengan sebuah atau 2 buah makmal komputer mengikut bilangan pelajar.
Makmal komputer di SMK Geting mempunyai 2 buah makmal komputer. Setiap makmal di lengkapi dengan 2o buah komputer dan mampu memuatkan seramai 40 orang pelajar dalam satu masa.

Tuesday, July 1, 2008

KEPENTINGAN BELAJAR ICT



ICTL untuk sekolah menengah ini sebagai satu panduan untuk guru-guru dan pelajar yang belajar ICT Literacy. Bermula dengan program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) pada tahun 1992 program ini telah diubah kepada Program Literasi Komputer pada tahun 2002 sehingga 2005 program ini telah disemak semula selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi sekarang. Bermula julai 2007 program ini sekali lagi ditukar kepada ICTL ( information communication Technology Literacy) dengan bermatlamatkan untuk memperolehi pengetahuan ICT dan kemahiran-kemahiran kreatif untuk membantu mereka dalam kehidupan harian mereka. Berkongsi hemat dan maklumat di kalangan mereka sendiri, di dalam dan melebihi persekitaran sekolahdan menunjukkan tanggungjawab dan akauntabiliti ke arah infrastruktur ICT yang digunakan.






Monday, June 30, 2008

DUNIA PENGKOMPUTERAN KINI




Dunia pengkomputeran hari ini mengubah corak hidup individu yang mengekplotasi hamparan teknologi ICT yang diterima secara tanpa sempadan.
setiap individu perlu merebut kemajuan teknologi maklumat dalam melengkapi kehidupan zaman dunia tanpa sempadan atau dunia globalisasi.

Pautan ICTL Terpilih

Pekeliling Perkhidmatan Bil 7/2007/Jabtan Perkhidmatan Awam Malaysia

Bahagian Pendidikan Guru

Laman Web JPN Kelantan

Kalendar Persekolahan 2008

Doa-Doa Terpilih


Waktu Solat Negeri Kelantan

ICTL SMK Geting




Gedung menimba ilmu ke arah melahiran modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Selaras dengan agenda wawasan 2020 melahiran genarasi bermaklumat dan mampu bersaing selari dengan zaman globalisasi.

Kemahiran ICTL yang akan diaspirasikan oleh SMKG bakal melahirkan genarasi celik I.T. Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menaikkan
bidang pendidikan di Malysia

INFO PC



PAPAN INDUK (MAINBAORD)

Papan Induk mempunyai jenis AT dan ATX, dimana;

1. AT : Suis On/Off secara manual

2. ATX : Suis On/Off secara automatik

Jenis AT dan ATX mempunyai perbezaan ketara diantaranya;

- Soket bekalan kuasa
- Soket penghubung luar (External Connectors)

Pemasangan : Biasanya ia dipasang pada dinding kekisi sebelah kanan. Jika kekisi jenis "desktop" ia akan dipasang pada lantai kekisi.

Sunday, June 29, 2008

APLIKASI ICTL DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN



APLIKASI ICTL DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Cara terbaik untuk belajar dan akhirnya menggunakan Windows dan aplikasi Ms Office secara bersepadu dalam pengajaran pembelajaran adalah paling berkesan melalui latihan secara hands-on. Modul dan tutorial ini akan menunjukkan bagaimana mudahnya mempelajari dan melaksanakan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran pembelajaran.

Komponen - Komponen PC
1. input
2. pemprosesan
3. output.

Prosedur 1:Mengenal pasti komponen
* Secara umum komponen komputer boleh dikategorikan kepada input, pemprosesan, dan output berdasarkan model pemprosesan data.
Komponen input merupakan perkakasan yang berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer. Ia terdiri daripada papan kekunci dan tetikus. Komponen pemprosesan mengandungi Unit Pemprosesan Pusat, Memori, dan Storan. Sementara monitor dan pencetak pula dikategorikan sebagai komponen output.
Fungsi Komponen Output
* Berfungsi sebagai peranti yang memaparkan hasil dan menmenghasilkan dalam bentuk dokumen yang dilakukan oleh komputer.
- Monitor
Memaparkan hasil pada skrinnya.
- Pencetak
Memcetak bahan yang dihasilkan.

GERBANG TEKNOLOGI MAKLUMAT


GERBANG ICTL SMK GETING

Huraian Sukatan ICTL 2008 - klik di sini

Matapelajaran Information & Communication Techology Literasi Computer mula diperkenalkan di SMK Geting bermula sesi persekolahan 2008. Subjek ini dikhususkan untuk pelajar-pelajar tingkat 1 & 2. Setiap pelajar wajib mengikut matapelajaran ini. setiap kelas di peruntukan sebanyak 2 masa (80 minit) seminggu.

Pelajar akan didedahkan tentang ilmu pengkomputeran asas. huraian sukatan dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran mengcakupi bertujuan membantu guru-guru ICTL di sekolah merangka Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancanagn Pelajaran Harian.

Subjek ICTL suatu matapelajaran kemahiran untuk pelajar menguasai dunia kini selaras dengan kemajuan teknologi maklumat. Penekanan KPM dalam meningkatkan kemajuan teknologi kepada generasi akan datang, dalam melahirkan modal insan yang mampu besaing dalam dunia globalisasi.